Saturday, 15 February 2014

Ancaman Allah terhadap orang yang lalai dan bermegah-megah.

16.02.2014 (Ahad)
16 Rabiul Akhir 1435H

1. Bermegah-megah telah melalaikan kamu.

2. Sampai kamu masuk ke dalam kubur.

3. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu itu.

4. Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.

5. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin.

6. Niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim.

7. Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin*.

8. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan yang kamu megah-megahkan di dunia itu.


* 'ainul yaqin ertinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan.

Saturday, 1 February 2014

Kereta yang jimat minyak!

 


Klip diatas diambil dari dokumentari Top Gear season 11 episod 1. Di sini Toyota Prius Hybrid berlawan dengan BMW M3 untuk menentukan kereta mana yang lebih jimat penggunaan bahan bakar.

Hampir semua setuju kalau Toyota Prius yang jadi pemenang, yang paling jimat minyak. Adalah mustahil untuk sesiapa katakan M3 dengan kapasiti enjin 4 liter V8 akan muncul menjadi kereta yang paling jimat minyak. Tapi keputusannya adalah M3 yang lebih jimat!

Macam mane kereta ni diuji sampai M3 boleh menang? Kedua kereta ni diletakkan di dalam litar top gear dan berlumba, di mana Prius di hadapan M3 dan M3 hanya mengikut kelajuan Prius. Di sini Prius berada dalam keadaan tertekan dan terpaksa mengerah kesemua keupayaan enjinnya untuk lari dari M3.

M3 pula dengan horsepower 414 dan kestabilan yang sangat cemerlang cuma agak selesa di belakang Prius. Prius yang mengerah semua keupayaan takkan menggunakan baterinya sebaliknya kuasa enjin 1.5 liternya.

Di sini adalah satu contoh yang paling baik, iaitu walaupun anda memandu kereta dengan kapasiti yang besar, tetapi jika pengendaliannya baik, dan kurang memecut dengan memaksa dan kurang penggunaan pedal minyak dan brek, ia mampu menjimatkan minyak seperti contoh di video di atas.

Prius di hujung perlumbaan mampu pergi sejauh 7.31 kilometer dengan satu liter petrol sedangkan M3 mampu pergi sejauh 8.29 kilometer dengan satu liter petrol. Enjin lebih besar menggunakan lebih banyak petrol? kalau pemanduan anda kasar, kereta yang jimat pun jadi tak jimat!


Ada betulnya apa yang ditulis..