Thursday, 31 October 2013

Hidayah milik Allah

31.10.2013 (Khamis)
26 Zulhijjah 1434H

http://www.youtube.com/watch?v=h-IJGuwUw9U

Tak pernah puas dengar ceramah ustaz ni. Ceramah dia pun sentiasa bersemangat. Ceramah dia yang lebih sejam pun tak mengantuk jadinya.

Alhamdulillah, seronok dengar kuliah agama datang lagi. Dah lama tak menjenguk kuliah-kuliah di masjid dan surau. Hari ini dengan teknologi yang sentiasa berkembang memungkinkan segalanya. Nak dengar kuliah agama? Ketik saja butang keyboard. InsyaAllah ada banyak pilihan untuk kita pilih sebagai hawa telinga. Dan yang lebih elok lagi jadikan amalan dalam hidup seharian.

Saya teringat waktu mengajar di sekolah, pernah saya memarahi seorang murid kerana selalu tidak siap latihan dan lambat dalam menerima pelajaran. Bila dengar kuliah ini ada betulnya. Siapa kita untuk memaksa murid ini ingat segala benda yang kita ajarkan? Kita hanyalah sebagai penyampai, yang memberi faham dan tahu adalah dari Allah swt.

Hidayah Milik Allah.. Kita hanya usaha dan buat kerja, ganjaran baik hanya dari Allah.